Sunday 23 October 2011

Donat ooo donat...

Salam, harini nk update skit buat donat aritu.Bukanla donat glaze2 mcm jco,big apple.Donat biase je...(ye tahu,boring heee). Resepi simple tp happy sbb 1st time buat.Almaklum bknnya dok jb ke,seremban ke,merate2 mkcik kuih jual.Nk ckp kepingin sgt mkn,x jugak.Saje nk pelbagaikan kuih utk suami & anak2 mkn ptg.X ke haru tok laki kalau hari2 mkn cucur je ptg2...hihi...



Ni recipe srt08 kt myR..mintak izin copy recipe donat lembut ni okey..

Bahan-bahan ( dpt lbih kurang 7 keping)

  • Bahan A:
  • yis ( guna 1 sudu teh je)
  • 1 Sudu besar Susu Manis.
  • 1/2 Cawan Air Suam
  • Bahan B:
  • 250gm Tepung Gandum.
  • 1 Sudu besar Gula halus.
  • Secubit Garam.
  • 1/4 Cawan Minyak Masak.

Caranya:

  1. Masukkan yis, susu manis dan air suam ke dalam mangkuk, ketepikan.
  2. Masukkan tepung gandum, gula, dan garam di dalam mangkuk yang besar, gaulkan semua bahan.
  3. Masukkan minyak masak ke dalam adunan tepung diikuti dengan campuran yis, susu manis dan air suam tadi. Gaul guna tgn  sampai jadi doh gaul sekejap sahaja. Kalau adunan kurang lembut boleh tambah air suam sedikit lagi.Ni kena ikut korg,kalau nk lg lembut tambahla air skit
  4. Tutup dough dengan kain lembap, biar selama 1 jam. Buangkan angin dengan menumbuk-numbukkannya, uli sedikit lagi kemudian bolehlah di bentukkan seperti donat (cubit skit doh ikut besar kita nk,pastu buatla lubang kt tgh). 
  5. Pastu rehat kan sebentar dalam 5-10 minit. Lepas tu bolehla gorengkan menggunakan api perlahan. Goreng sehingga warna keemasan, kemudian golekkan dengan castor sugar.Siap..



                                                         "Mama....afif laparla"





                                                      Macam mkn gula je lebih?




                                               Ni la rupa donat 1st time buat.
                                               Nasib tabur gula atas tu,xla buruk sgt : )


3 comments:

  1. kui..kui..mane mamaafifatif dpt yeast kt dubai nih?gune yg serbuk tu ke?

    ReplyDelete
  2. mane2 ade ju..ni bli kt geant ibn batutta.aah gune yg serbuk tu.jenama ape tah lupe he

    ReplyDelete
  3. donut tu mcm turun salji je.. hahahahahhaha... >lariiiiiiikkkkkkkkk<<<<

    ReplyDelete